idung di penuhi mukus..a.k.a. SeLsEmA

semalam sy menulis mengenai ulser mulut..tue pun sbb mulut sy dipenuh ngan ulser..sakit seh...rini idung dh start tersumbat, actually dr smlm lg, idung dh start berair. rasa nyer dh lma tak selsema, ni selsema balik. diri sy mengambil masa yg lma tuk baik dr selsema. so, mcm biasa la, bila dh terkena selsema ni mula la nk cari info n petua2 tuk ilang kn selsema..kt bwh ni ada sedikit info mengenai selsema..jom check:


Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit  yang rendah berbanding  dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.


 Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
v Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
v Bersin.
v Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
v Sakit kepala.
v Adakalanya, demam yang ringan.
v Sakit badan.
v Mata berair.




Penjagaan kendiri

Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.

Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah :-
v Berehat
v Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan     demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
v Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
v Inhalasi (sedutan).



bercakap pasal petua, sy ada dengar 1 petua nih, kalau selsema, idung tersumbat, letak minyak masak kt panggal idung..(dah buat tapi tak ok gak..)..lg, ada yg bg petua, lau idung tersumbat tue, basahkan ubun-ubun ngan air..yg ni ada wat..ok jap je..pape pun, ape je petua yg diberi, cuba la..mna tau leh sembuh kn...



Comments

Popular posts from this blog

peribahasa hari ini : bagai melepas anjing yg tersepit

mmg nk kena la awak ni

cikgu ayu da jd mama..congrates dear