Sunday, November 11, 2012

selamat pengantin baru cikwa

hari ini saya telah memenuhi jemputan kahwin di batu kurau. pengantinya adalah mak saudara saya sendiri merangkap sepupu ibu. sesudah menyiapkan diri dengan baju yang cantik, maka saya dan keluarga pergi ke rumah kenduri. sampai je kt rumah pengantin, saya dan cik mai masing-masing menjinjit adiah utk cikwa...

saya dan cik mai sgt excited untuk berjumpa dengan cikwa...almaklum la pakat berebut nak ambil aura pengantin...ahaksss,,,hikhik...jupa masuk je bilik pengantin, terus jumpa cikwa...cikwa sgt cantik dalam pakaian pengantin berwarna pink. bersalaman dgn cikwa, amik gambar sume, kemudian kami mtk izin utk makan...rugi kalau ke rumah org kawen tp xmakan nasi myk...hikhik..dah settle makan sume, ape lagi mtk izin nk beransur la kn...laju je menuju ke rumah makndak nk merehatkan perut..hikhik

abis da cite tuk entry kali ni...kepada cikwa..selamat pengantin baru..semoga kalian berdua bahagia hingga akhir hayat...jom layan pict jom..






wawa dan radzi, semoga bahagia hingga ke syurga


Saturday, November 3, 2012

rendang daging dendeng mama

pada hari raya qurban yang lalu, saya telah mengambil kesempatan yang ada untuk berkunjung ke rumah keluarga sis meria di kampung ekspo. sebelum ke rumah sis meria, sy dan cik aqma telah makan sedikit tuk lapik perut, nk cakap sikit tu, xde la sikit sgt pon, byk la jugak kn, cik aqma ciap pekena nasi lagi ha...hikhik

setelah tiba di rumah sis meria, sy telah berjumpa dgn abah sis meria yg telah bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. maka berbual sekejap dengan abah dan kemudiannya abah sis meria terus ke masjid dan kami terus masuk ke dalam rumah. di dalam rumah, sy bersalaman dengan mama, sis meria, anyah dan cik. masa tengah salam ngan mama, mata dah terpandang rendang daging dendeng...alahai sedapnya...bukan sekadar rendang dendeng je, kuah kacang, nasi minyak sume sedap..

setelah berbual ngan sis meria, skng tiba masa tuk makan..ape lagi, laju la kn. tanpa membuang masa, terus makan nasi minyak ngan rendang dendeng...abis nasi minyak, ketupat daun palas pulak ditibainya bersama rendang dendeng..dah tu pulak makan ns impit ngan kuah kacang..byk sungguh makan hari tu..apa2 pun smpai sekarang masih duk terasa lagi keenakan lauk pauk kt umah sis meria expecially rendang dendeng...jom, try resipi rendang dendeng mama si meria,

1kg daging
4 biji bwng besar
2labu bawang putih
1senduk cili mesin
kulit kayu manis
air asam jawa
garam
kicap manis
minyak untuk mengoreng

cara-caranya:
daging direbus hingga empuk kemudian dihiris, ditumbuk dan diperap dengan kicap manis (paling cepat perap selama 30 minit), selepas perap, daging td digoreng.
bawang besar dan bwng putih dikisar kemudian tumis dalam kuali..kemudian masuk cili kisar, tumis hingga masak, kemudian msukkan kulit kayu manis, air rebusan daging dan air asam jawa.
akhir sekali masuk daging yang telah digoreng dan masak hingga kering. garam tu jgn lupa masukkan, ikut sesedap rasa k..



yang ni pict dari google search..rendang daging dendeng mama ritu sy xsmpat nk snap pict sbb terlalu kusyuk menikmati keenakkannya...sowie ye...


selamat mencuba.
.



anak, cucu,cicit tok tahir...

bercerita pasal salasilah keluarga ni, alhmdullah, famly sy boleh dikatakan telah masuk generasi ke 4...nk tunggu ke generasi ke 5, lambat lg rasanya sebab cicit sulung famly tok Tahir baru berusia 4 tahun iaitu si mulut becok sarah tu...hikhik

tokwan dan opah dikurniakan anak seramai 7 org..paklong, pakngah, ibu, pakteh, makndak, cikman and makcu...dari 7 orang anak opah n tokwan ni, maka lahirlah 33 org cucu...(yg ni xleh nk senarai, kalau senarai kang berjela-jela plak..hikhik...sekarang cucu tokwan n opah ni, 4 orang dah berumahtangga..hasil dari perkahwinan kak yong, kak long and fitri, maka lahirlah 4 orang cicit...
4org cicit tu sarah, diha, fyra ngan naufal..(yg ni boleh senarai lg sbb baru 4orang..hikhik)

kalau la dapat berkumpul semua anak cucu cicit ni, pasti penuh rumah....bila dah penuh rumah, pasti riuh rendah...mmg ada plan mahu adakan famly day..I'Allah satu hari nanti, sbb kalau sorang je organizer, compem ssh nk organize kn...xpe2 t wujudkan AJK Famly Day....boleh x gitu?hikhik...jom2, layan pict...


ni 7 orang anak opah kiah and tok tahir

opah kiah n anak-anaknya

sebahagian cucu and sorang cicit opah kiah

tokwan, cik mai dan sy dihari pertunangan cik mai


ni 7orang cucu tok tahir dihari perkahwinan nisa

ni hero malaya dikelilingi oleh7orang cucu tok tahir


agak2 leh wat team bola x?hikhik

5orang cucu tok tahir

cicit tok tahir n opah kiah...sarah n diha

ni cicit baru tok tahun ni, fyra n naufal...



Friday, November 2, 2012

basikal VS motor

semalam pelajar tingkatan 3 yang mengikuti Program Selepas PMR telah melalui slot Masakan Rimba..dalam slot ni pelajar akan di bawa untuk melalui dan merasai masuk ke dalam rimba dan memasak...dalam rimba xde dapur gas, jadi diorang ni kena masak menggunakan kayu api...di sebabkan sekolah saya tak de la pulak rimba dan hutan belantara ni maka, slot ni dibuat di hujung padang. jadi pelajar tingkatan 3 ni bawak la peralatan memasing, bawak kuali, bawak senduk, bawak barang-barang yg diorang nk masak. ada yang bawak ayam tuk dimasak tomyam, ada yang bawa ikan bilis untuk dimasak setunding ikan bilis dan sebagainya...yang bestnya, ciap ada bakar lemang lagi...=)

ok, sudah-sudah, sila kembali kepada tajuk ye cik wanna...

ok, kalau tengok pada tajuk, actually saya mahu bercerita tentang garaj yang ada di sekolah saya...semasa sy melalui garaj tempat letak basikal dan motor di sekolah saya sewaktu mahu ke hujung padang, tetiba saya terpandang tempat letak motor n basikal tu...kalau garaj tempat letak kete cikgu, sy tak berapa heran sgt la, garaj tu dah lama ada, dan sampai sekarang xberubah sebab memang garaj tu dari dulu sampai sekarang tempat parking kereta..

yang sangat menarik perhatian saya ialah garaj tempat letak basikal n motor..kalau dulu time saya sekolah 10, 11, 12, 13 tahun yang lalu..garaj basikal dan motor tu dipenuhi dan dibanjiri dengan deretan basikal. sepanjang-panjang garaj tu penuh dengan basikal..yang paling best, kalau time angin kuat tu, sebuah basikal terbalik menimpa basikal bersebelahannya, maka, bertimpa-timpa la basikal yang terbalik...cam men domino je ha...tapi sekarang permandangan tu dah tak de dah...sekarang garaj tu dipenuhi dengan motor-motor pelajar. pelajar yang xde lesen pon, sibuk gak datang sekolah nek motor...(*_*)

sekarang zaman kegemilangan basikal dah xde, pelajar sekolah pon da xnk nek basikal...sume nk nek motor...ye la zamankan dah berubah..


memang best butik neh..

Butik Edast

counter

promo lg

promo

promo best,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...