Thursday, October 18, 2012

Dikir Barat ke dikir moden nih....hehehehe

hari ini telah berlangsungnya majlis anugerah Hal Ehwal Murid dan Koko...maka yg mana pelajar yg menerima anugerah telah hadir untuk menerima anugerah masing-masing. perjalanan majlis berlangsung dengan lancar dan yang amat menarik perhatian adalah pasukan dikir barat sekolah...

pasukan dikir barat sekolah dari pelajar form 6 telah membuat persembahan yang agak menarik tuk memenuhi slot persembahan dalm majlis anugerah tersebut...nk ckp dikir barat, lagu bukan dialek kelate...maybe dikir moden sbb lagu yang dibawa dialek dan lirik yg moden..dengan hanya berbekalkn latihan dan kesportinan diorg ni, diorg berani muncul kt ats pentas....=)...yg pasti tukang karut die, amer hafizuddin mmg sempoi la, kemain lg die berjoget ats pentas tu..tahniah kepada si tukang karut, awak-awaknya dan jugak yg men alat muzik tu, xlupa jgk tahniah kepada jurulatih dikir moden nih....u are sporting...very-very sporting...jom layan pict ...






Tuesday, October 9, 2012

Fes Day tuk PMR

hari ini, 9 oktober 2012 merupakan hari pertama pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan PMR...maka, segala persiapan pasti telah dilakukan oleh panglima perang tingkatan 3 ini untuk menghadapi peperangan PMR ni...yang mana yang dah telah siapkan diri dengan ilmu dan strategi yg cemerlang, pasti tidak akan berasa gentar untuk menghadapinya...

siang td, saya sebagai pengawas PMR, telah selamat menjalankan tanggungjawab saya pada hari pertama peperiksaan. bila tengok para pelajar ini, macam-macam ragam diorg ni...

yang mana yang betul-betul nak belajar, ada cita-cita, bersungguh-sungguh diorg jawab paper, sampai xcukup kertas. tapi yang mana yang belum terfikir dan tersedar lagi tentang masa depan, dalam dewan exam pon sempat lagi tidur...macam tadi, sampai ketua pengawas dah umumkn masa menjawab telah tamat pon, masih boleh sorang pelajar ni, xbangun2 dari lenanya...lena sungguh die tidor..sampai la sy tiba dimejanya dan terpaksa kejut, "bangun, bangun...dah abis da exam, tlg ikat kertas, sy nk kutip..."...terpisat-pisat la pelajar td bangun...sampai mcm tu sekali..mesti penat study sampai tak sempat nk tidur dirumah...

agak-agak kalau 2 situasi td, pelajar yang mana akan dapat keputusan yang ok? jd, masing-masing sila pikir sendiri k...=)

tq mr google for da pict...



Tuesday, October 2, 2012

khasiat lada hitam

lada hitam?sape pernah tengok lada hitam? ni die lada hitam..


kenapa dengan lada hitam?
jap erk, nk stat dengan mukadimahnya dulu..hikhik

hari ini lepas pulang dari sekolah, terus bukak tudung saji, tengok bawah tudung saji ada sup ayam...ape lagi terus ambil pinggan, senduk nasi letak kuah sup ayam banyak-banyak seperti kolam renang, terus menikmatinya sepuas hati..tapi rasa lagi kick klu letak serbuk lada hitam...apa lg, taruk banyak-banyak...mmg makan hingga menjilat jari la kn, abis kuah dihirup...pastu badan mula rasa pnas...tapi sangat puas bila dapat makan mcm tu..

ok, back to the title...apa khasiat lada hitam erk?
selalu lada hitam ni digunakan dalam masak kan..sebab die ni adalah salah satu komponen rempah ratus...selain digunakan sebagai penyedap masakan ia juga sekaligus merangsang selera makan. patut la mkn xhengat dunia td...hikhik

lada hitam ni juga dikata boleh merawat perut kembung dan senak...tingat dulu-dulu kalau musim cendawan yg tumbuh atas tanah tu org panggil kulat taun tu sedang tumbuh bak cendawan, bila tiba time nk masak cendawan tu, opah selalu pesan supaya masukkan 3,4 biji lada hitam yg ditumbuk. tujuan die tuk elakkan kembung atau sakit perut bila makan...selain daripada itu, lada hitam ni juga boleh menghentikam pendarahan, pedih ulu hati, cirit-birit, melegakan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dan sistem pernafasan dan di samping itu juga, dikatakan mampu mencegah kanser payu dara.

lada hitam ni bila makan, kita akan berada pedas dan die akan bertindak sebagai diuretik yang menggalakkan tubuh badan berpeluh dan sekaligus akan menyingkirkan toksin yang berbahaya daripada badan juga membantu proses penghadaman dan pencernaan..

kalau ibu dalam pantang pulak, orang-orang tua selalu pesan supaya makan nasi ngan lada hitam sedikit yang ditumbuk lumat...tu adalah bertujuan untuk memanaskan dalaman dan juga melegakan otot-otot kat dalam tu...

banyakkan khasiat lada hitam ni..kalau dulu jarang nk jupa yg serbuk, tapi sekarang dah berlambak-lambak dah serbuk lada hitam di pasaran...tak yah tumbuk-tumbuk dah...

ape lg, meh la amalkan makan letak lada hitam ni...=)



tq incik google for da pikca

sumber dari,


memang best butik neh..

Butik Edast

counter

promo lg

promo

promo best,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...