Posts

Showing posts from 2012

bersawang

aishhhhhhhhh....bersawang da blog ni ha...lama dah xupdate..nati yer sy update

selamat pengantin baru cikwa

Image
hari ini saya telah memenuhi jemputan kahwin di batu kurau. pengantinya adalah mak saudara saya sendiri merangkap sepupu ibu. sesudah menyiapkan diri dengan baju yang cantik, maka saya dan keluarga pergi ke rumah kenduri. sampai je kt rumah pengantin, saya dan cik mai masing-masing menjinjit adiah utk cikwa... saya dan cik mai sgt excited untuk berjumpa dengan cikwa...almaklum la pakat berebut nak ambil aura pengantin...ahaksss,,,hikhik...jupa masuk je bilik pengantin, terus jumpa cikwa...cikwa sgt cantik dalam pakaian pengantin berwarna pink. bersalaman dgn cikwa, amik gambar sume, kemudian kami mtk izin utk makan...rugi kalau ke rumah org kawen tp xmakan nasi myk...hikhik..dah settle makan sume, ape lagi mtk izin nk beransur la kn...laju je menuju ke rumah makndak nk merehatkan perut..hikhik abis da cite tuk entry kali ni...kepada cikwa..selamat pengantin baru..semoga kalian berdua bahagia hingga akhir hayat...jom layan pict jom.. wawa dan radzi, semog

rendang daging dendeng mama

Image
pada hari raya qurban yang lalu, saya telah mengambil kesempatan yang ada untuk berkunjung ke rumah keluarga sis meria di kampung ekspo. sebelum ke rumah sis meria, sy dan cik aqma telah makan sedikit tuk lapik perut, nk cakap sikit tu, xde la sikit sgt pon, byk la jugak kn, cik aqma ciap pekena nasi lagi ha...hikhik setelah tiba di rumah sis meria, sy telah berjumpa dgn abah sis meria yg telah bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. maka berbual sekejap dengan abah dan kemudiannya abah sis meria terus ke masjid dan kami terus masuk ke dalam rumah. di dalam rumah, sy bersalaman dengan mama, sis meria, anyah dan cik. masa tengah salam ngan mama, mata dah terpandang rendang daging dendeng...alahai sedapnya...bukan sekadar rendang dendeng je, kuah kacang, nasi minyak sume sedap.. setelah berbual ngan sis meria, skng tiba masa tuk makan..ape lagi, laju la kn. tanpa membuang masa, terus makan nasi minyak ngan rendang dendeng...abis nasi minyak, ketupat daun palas pulak dit

anak, cucu,cicit tok tahir...

Image
bercerita pasal salasilah keluarga ni, alhmdullah, famly sy boleh dikatakan telah masuk generasi ke 4...nk tunggu ke generasi ke 5, lambat lg rasanya sebab cicit sulung famly tok Tahir baru berusia 4 tahun iaitu si mulut becok sarah tu...hikhik tokwan dan opah dikurniakan anak seramai 7 org..paklong, pakngah, ibu, pakteh, makndak, cikman and makcu...dari 7 orang anak opah n tokwan ni, maka lahirlah 33 org cucu...(yg ni xleh nk senarai, kalau senarai kang berjela-jela plak..hikhik...sekarang cucu tokwan n opah ni, 4 orang dah berumahtangga..hasil dari perkahwinan kak yong, kak long and fitri, maka lahirlah 4 orang cicit... 4org cicit tu sarah, diha, fyra ngan naufal..(yg ni boleh senarai lg sbb baru 4orang..hikhik) kalau la dapat berkumpul semua anak cucu cicit ni, pasti penuh rumah....bila dah penuh rumah, pasti riuh rendah...mmg ada plan mahu adakan famly day..I'Allah satu hari nanti, sbb kalau sorang je organizer, compem ssh nk organize kn...xpe2 t wujudkan AJK Famly Day....

basikal VS motor

Image
semalam pelajar tingkatan 3 yang mengikuti Program Selepas PMR telah melalui slot Masakan Rimba..dalam slot ni pelajar akan di bawa untuk melalui dan merasai masuk ke dalam rimba dan memasak...dalam rimba xde dapur gas, jadi diorang ni kena masak menggunakan kayu api...di sebabkan sekolah saya tak de la pulak rimba dan hutan belantara ni maka, slot ni dibuat di hujung padang. jadi pelajar tingkatan 3 ni bawak la peralatan memasing, bawak kuali, bawak senduk, bawak barang-barang yg diorang nk masak. ada yang bawak ayam tuk dimasak tomyam, ada yang bawa ikan bilis untuk dimasak setunding ikan bilis dan sebagainya...yang bestnya, ciap ada bakar lemang lagi...=) ok, sudah-sudah, sila kembali kepada tajuk ye cik wanna... ok, kalau tengok pada tajuk, actually saya mahu bercerita tentang garaj yang ada di sekolah saya...semasa sy melalui garaj tempat letak basikal dan motor di sekolah saya sewaktu mahu ke hujung padang, tetiba saya terpandang tempat letak motor n basikal tu...kalau garaj

Dikir Barat ke dikir moden nih....hehehehe

Image
hari ini telah berlangsungnya majlis anugerah Hal Ehwal Murid dan Koko...maka yg mana pelajar yg menerima anugerah telah hadir untuk menerima anugerah masing-masing. perjalanan majlis berlangsung dengan lancar dan yang amat menarik perhatian adalah pasukan dikir barat sekolah... pasukan dikir barat sekolah dari pelajar form 6 telah membuat persembahan yang agak menarik tuk memenuhi slot persembahan dalm majlis anugerah tersebut...nk ckp dikir barat, lagu bukan dialek kelate...maybe dikir moden sbb lagu yang dibawa dialek dan lirik yg moden..dengan hanya berbekalkn latihan dan kesportinan diorg ni, diorg berani muncul kt ats pentas....=)...yg pasti tukang karut die, amer hafizuddin mmg sempoi la, kemain lg die berjoget ats pentas tu..tahniah kepada si tukang karut, awak-awaknya dan jugak yg men alat muzik tu, xlupa jgk tahniah kepada jurulatih dikir moden nih....u are sporting...very-very sporting...jom layan pict ...

Fes Day tuk PMR

Image
hari ini, 9 oktober 2012 merupakan hari pertama pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan PMR...maka, segala persiapan pasti telah dilakukan oleh panglima perang tingkatan 3 ini untuk menghadapi peperangan PMR ni...yang mana yang dah telah siapkan diri dengan ilmu dan strategi yg cemerlang, pasti tidak akan berasa gentar untuk menghadapinya... siang td, saya sebagai pengawas PMR, telah selamat menjalankan tanggungjawab saya pada hari pertama peperiksaan. bila tengok para pelajar ini, macam-macam ragam diorg ni... yang mana yang betul-betul nak belajar, ada cita-cita, bersungguh-sungguh diorg jawab paper, sampai xcukup kertas. tapi yang mana yang belum terfikir dan tersedar lagi tentang masa depan, dalam dewan exam pon sempat lagi tidur...macam tadi, sampai ketua pengawas dah umumkn masa menjawab telah tamat pon, masih boleh sorang pelajar ni, xbangun2 dari lenanya...lena sungguh die tidor..sampai la sy tiba dimejanya dan terpaksa kejut, "bangun, bangun...dah abis da exam, t

khasiat lada hitam

Image
lada hitam?sape pernah tengok lada hitam? ni die lada hitam.. kenapa dengan lada hitam? jap erk, nk stat dengan mukadimahnya dulu..hikhik hari ini lepas pulang dari sekolah, terus bukak tudung saji, tengok bawah tudung saji ada sup ayam...ape lagi terus ambil pinggan, senduk nasi letak kuah sup ayam banyak-banyak seperti kolam renang, terus menikmatinya sepuas hati..tapi rasa lagi kick klu letak serbuk lada hitam...apa lg, taruk banyak-banyak...mmg makan hingga menjilat jari la kn, abis kuah dihirup...pastu badan mula rasa pnas...tapi sangat puas bila dapat makan mcm tu.. ok, back to the title...apa khasiat lada hitam erk? selalu lada hitam ni digunakan dalam masak kan..sebab die ni adalah salah satu komponen rempah ratus...selain digunakan sebagai penyedap masakan ia juga sekaligus merangsang selera makan. patut la mkn xhengat dunia td...hikhik lada hitam ni juga dikata boleh merawat perut kembung dan senak...tingat dulu-dulu kalau musim cendawan yg tumbuh atas tanah tu o

alfatihah buat tokwan

Image
hari ni semasa entry ni diupdate, merupakan hari ke 4 tokwan meninggalkan kami semua. rasa cepat je masa berlalu..tup,tup da masuk hari ke empat. masih lagi mcm xpercaya tokwan dah pergi meninggalkan kami, semuanya berlaku dengan sangat pantas... duk sesaje, teringat kenangan bersama tokwan... kalau dulu masa kecik-kecik dulu, tokwan selalu bwk cucu die g jejalan kt lakegarden naik kereta mazda bernombor pendaftaran BAL36. kekadang tokwan akan ajak ke kebun, lepas ke kebun mesti akan singgah makan ais kacang di cherry corner batu 14 tu...kalau keluar jejalan dengan tokwan, tokwan tak kan lupa singgah kedai makan..kalau ke kedai mamak, pasti  capati yang akan diorder...kalau ke kedai biasa, mee sup yang akan di order...da boleh hafal sgt dah apa favorite tokwan. kalau tiba time exam, tokwan la orang pertama akan tanya keputusan exam...td, terjumpa dalam simpanan dokumen-dokumen lama tokwan,  kertas kosong yang ditulis markah dan gred subjek SPM cucu-cucu tokwan. tetiba rasa sayu j

e-day cik maizatul

Image
baru-baru ni cik maizatul telah melangsungkan majlis pertunangannya. so, sekarang dengan rasminya cik maizatul ni telah menjadi tunang kepada encik adreen. dah lama da diorg ni berkawan...7 taun lamanya dan akhirnya tanggal 2 sept 2012, alhmdullah mereka telah mengikat tali pertunangan. majlis besarnya akan diumumkan kemudian..sabar yer...hehehehe...actually sy nk bercerita tentang preparation majlis pertunangan ni, tapi nati lah...jom layan pict tunang cik maizatul dulu...preparation tuk majlis tunang ni, sy akan update dlm entry seterusnya...jom2 layan pict jom... congrates both of u....semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke syurga...

tunang-tunangan...

Image
kali ni entry bergambar je...da lama sgt nk update tp xsempat sbb bz ngan raya, ngan postmortem PMR dan sebagainya...rini baru ada peluang nk update...tp update cikit je buh gambar je..t update len la erk... menggigil jari saat nk disarungkan cincin...huhuhuh salam bersalaman.. itu saje dr saya, sekian, terima kasih...

lelepak di tengah tasik

Image
siapa pernah lelepak di tengah tasik? sila angkat tangan? mesti xpernahkan..selalu orang lepak di tepi tasik kn...tapi sy, cik akma dan cik roji, berkesempatan tuk lelepak di tengah-tengah tasik...tengah tasik?cam tipu je kan...klu lelepak kt tengah tasik, tak ke basah? (*_*) sehari sebelum raya baru-baru ni, sy, cik akma dan cik roji telah keluar untuk shopping terakhir sebelum hari raya. keluar je dari rumah, terus we all ke kedai hardware,cari apa yg patut dan kemudiannya semua barang dr kedai hardware tu di bawa balik dengan menaiki unser. sekali tengok unser tu dah mcm lori da ha..ngan batang paipnya, ngan palet kayu ngan playwood lg...nasib baik muat. lepas je ke kedai hardware kami menuju ke destinasi seterusnya, iaitu kedai bunga. untuk ke kedai bunga kami melintasi taman tasik taiping. terus amik keputusan jap tuk singgah lelepak kt taman tasik tu. oleh kerana sepanjang bulan puasa yang baru berlalu ni, hujan jarang turun, ia menyebabkan air tasik menjadi kering. kami bert