Wednesday, August 29, 2012

tunang-tunangan...

kali ni entry bergambar je...da lama sgt nk update tp xsempat sbb bz ngan raya, ngan postmortem PMR dan sebagainya...rini baru ada peluang nk update...tp update cikit je buh gambar je..t update len la erk...



menggigil jari saat nk disarungkan cincin...huhuhuh

salam bersalaman..

itu saje dr saya, sekian, terima kasih...


Saturday, August 25, 2012

lelepak di tengah tasik

siapa pernah lelepak di tengah tasik? sila angkat tangan? mesti xpernahkan..selalu orang lepak di tepi tasik kn...tapi sy, cik akma dan cik roji, berkesempatan tuk lelepak di tengah-tengah tasik...tengah tasik?cam tipu je kan...klu lelepak kt tengah tasik, tak ke basah? (*_*)

sehari sebelum raya baru-baru ni, sy, cik akma dan cik roji telah keluar untuk shopping terakhir sebelum hari raya. keluar je dari rumah, terus we all ke kedai hardware,cari apa yg patut dan kemudiannya semua barang dr kedai hardware tu di bawa balik dengan menaiki unser. sekali tengok unser tu dah mcm lori da ha..ngan batang paipnya, ngan palet kayu ngan playwood lg...nasib baik muat. lepas je ke kedai hardware kami menuju ke destinasi seterusnya, iaitu kedai bunga. untuk ke kedai bunga kami melintasi taman tasik taiping. terus amik keputusan jap tuk singgah lelepak kt taman tasik tu.

oleh kerana sepanjang bulan puasa yang baru berlalu ni, hujan jarang turun, ia menyebabkan air tasik menjadi kering. kami bertiga yang telah mengambil keputusan tuk lelepak sebentar di taman tasik tu, terus berjalan menuju ke tengah-tengah tasik yang kering tu. kemain batak lagi ha...hikhik...kalau air tasik tak kering sehingga tahap ni, mana mampu tuk berada di tengah-tengah tasik kan...that's why la masing-masing mengambil kesempatan tuk berjalan dan berdiri di tengah-tengah tasik yg kering tu. (*_<)

2, 3 ari selepas raya, hujan dah mula turun dan pasti air tasik sudah mula bertakung semula dan pasni maybe kena tunggu taun depan la plak kot tuk boleh lelepak di tengah tasik. da abis da cite, taun depan lak sambung cite lelepak kt tengah tasik ni...jom layan pict jom...













Friday, August 24, 2012

raya, raya, raya

alhamdullah, setelah sebulan umat islam berpuasa akhirnya kita meraikan kemenangan tersebut dengan merayakan hari raya aidilfitri. pada pagi raya tu la kesempatan diambil untuk menunaikan solat sunat aidilfitri, kemudiannya bermaafan sesama sendiri. selesai bermaafan ape lg, time to penuhkan perut la kan.. kemudiannya sesi bergambar dijalankan. kemudiannya bermula lah sesi beraya kunjung mengunjung ke rumah saudara-mara. pejam celik, pejam celik jap je dah raya ke 7 semasa entry ni ditulis. betapa cepatnya waktu berlalu. pape pon, jom beraya lagi jom...raya kan sebulan...hikhik..xnak ckp byk jom jamu mata jom...

family sy...



3/7 daripada sepupu sepapat yang ada..klu sume ada, compem penuh nih...


kekonon team bola la sgt kn...hikhik





macam-macam ragam ha...

Thursday, August 16, 2012

maaf zahir dan batin

pejam celik, pejam celik, jap je masa berlalu.sedar xsedar ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. ya Allah betapa sayunya hati bila ramadhan bakal berlalu pergi...

Dikesempatan yang Ada ini, saya ingin memohon maaf andai Ada terkasar bahasa, terlanjur perbuatan, terambil, termakan, terminum..semoga lebaran ini menjadi lembaran baru untuk kita menjalinkan semula serta merapatkan semula ikatan ukhwah sesama kita...

Akhir kata dr sy,

Selamat hari raya aidilfitri,
Maaf zahir Dan batin



risalah ramadhan edisi ke 2

sempena dgn smbutan bulan ramadhan di sekolah sy, sy ditugaskan tuk siapkan risalah yg kemudiannya risalah tersebut diedarkan kepada para pelajar..dalam entry yg lalu, [klik sini] sy dah update psl risalah edisi pertama.. sambutan bulan ramadhan taun ni, seperti sambutan taun lalu, risalah ramadhan akan diterbitkan 2 kali je...so, dlm entry kali ni, sy nk update psl risalah ramadhan edisi ke 2 pulak..alhmdullah, risalah ramadhan edisi ke 2 dah siap dan telah selamat diedarkan kepada pelajar pada minggu lepas..semoga semua para pelajar mendapat info yg berguna dari risalah ramadhan tu...




selamat bersara ustaz Arshad

selasa yg lalu bersamaan dengan 16 ogos 2012, satu majlis persaraan untuk Ustaz Arshad telah diadakan. Ustaz Arshad ni telah berkhidmat disekolah sy belasan tahun juga la dan sekolah sy merupakan sekolah terakhir beliau sebelum beliau bersara. Ustaz Arshad ni seorang yg sgt sempoi, kelakar pon ada jgk...dan yg paling best, die ni awet muda..umur dah tiba waktu pencen pon tp still nmpak muda. sape tak tau, xkenal die, compem akan cakap ustaz ni baru nk masuk 40-an.

setiap pagi jumaat Ustaz Arshad ni akan bergilir-gilir dengan Ustaz Rahim untuk mengetuai bacaan yassin. alunan bacaan yassin die sgt merdu. lepas ni kami pasti akan merindui alunan suara Ustaz Arshad mengetuai bacaan yassin kami...

pape pon, kepada Ustaz Arshad, selamat bersara..selamat menempuh kehidupan selepas bersara, semoga bahagia disamping keluarga dan semoga sihat sokmo deh...

jom layan beberapa keping pict sempena majlis persaraan Ustaz Arshad






para guru berbaris di sepanjang bilik guru tuk ucapkan selamat bersara kepada Ustaz Arshad

kak faz ciap ucap miss u lg kt ustaz..hahahha..kelakar..


sudah tiba masa Ustaz Arshad untuk bersara dan yg masih berada dlm dunia perkhidmatan, meh kita berkhidmat sebaik mungkin...selagi boleh dan mampu untuk berkhimat, berkhimatlah sehingga ke titisan akhir kederat...


memang best butik neh..

Butik Edast

counter

promo lg

promo

promo best,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...