Sunday, April 29, 2012

BIADAB

lama da xupdate blog, xberkesempatan waktu tuk update..masa yg ada terlalu byk diabiskn dengan memanjakan diri dirumah dengan melepakkan diri dihadapan tv.huhuhu...rini baru nk update..kali ni nak update pasal biadab...

biadab tu apa?
biadab menurut kamus dewan bahasa edisi keempat muka surat 178, biadab membawa maksud tidak ada budi bahasa, tidak beradab. 


rini, sy nak bercerita tentang biadab.
pagi-pagi lagi apabila loceng berbunyi, langkah ku hayun laju menuju ke kelas walaupun pada ketika itu bukan la waktu mengajarku dan hanya la merelief kelas...setiba di kelas, ada pelajar yang tiada di kelas. lalu ketua kelas ku arahkan untuk memanggil pelajar2 yang tiada di kelas dan turut juga ku arahkan untuk mencatat nama pelajar yang tiada di dalam kelas ketika itu, dan kemudian pelajar-pelajar tu pun masuk ke kelas.

terus beberapa soalan ku ajukan kepada pelajar-pelajar tersebut.

1. ke mana kamu semua?
2. kenapa xmasuk kelas selepas loceng berbunyi?
3. tunggu apa kt bawah tu?

seorang pelajar menjawab dengan jawapan yang rasional manakala seorang lg pelajar dengan biadabnya terus bersuara,
"bising je, tulis la nama, tulis lagi..tulis banyak-banyak pon xpa...."(dengan nada yang sangat kurang ajar @biadab)
ape lagi, lantas mulut ni terus bersuara,biadab punya budak...
kalau tiada kesabaran tadi, da lama ku tangan budak biadab tu, tapi sabar je...

kes biadab ni bukan hanya berlaku pagi ni je, tapi sebelum-sebelum ni pun da banyak berlaku dah pun...bila fikir balik sikap budak-budak biadab ni, jadi kasihan kepada ibu bapa diorang kerana memiliki anak yang biadab ni..agaknya kt rumah pun mesti diorang biadab cmni jgk kn...setinggi mana kebiadaban awak pun, tidak akan ke mana. jangan bermegah dengan sikap dan sifat biadab yang awak miliki kerana, kebiadaban awak tu akan menghancurkan diri sendiri...

pesanan kepada pelajar-pelajar di luar sana...
hiasilah dirimu dengan peribadi yang mulia. sentiasa bersikap rendah diri  dan sentiasa menghormati orang lain andai mahu diri dihormati oleh orang lain.


Wednesday, April 18, 2012

selamat bercuti warga perak

hari ini hari khamis 19 april 2012, bermakna semua warga Perak mendapat keistimewaan bercuti kerana tarikh tersebut merupakan tarikh keputeraan sultan perak...maka sesiapa warga perak yg berada di perak, bercuti dan bersenang lenang la mereka di rumah..manakala orang perak yg berada di tempat selain perak, bekerjalah mereka dan bersekolah lah mereka....kalau u oll nk cuti gak, tunggu keputeraan sultan negeri memasing yer...hehehehe...

walaupon arini cuti di Perak tetapi sy tetap ke sekolah untuk latihan puisi dan lagu..hari ni latihan sampai lebam, xtau la abis kul bape rini...

dah2...jom g sekolah jom...

blog sudah bersawang

sudah lama rasanya blog tidak diupdate dan sudah bersawang-sawang nampaknya blog nih...

saya sgt bizi hingga tiada kesempatan waktu untuk mengupdate blog...huhuhu..

pape pon, nati sy update ye..byk cite nk cite nih...t update eh...=)

sape lg besar?sy ke labu sayong?hehhehe

Monday, April 9, 2012

kasihan kucing

hari ini selepas selesai tugasan di sekolah, saya terus drive untuk ke wad bersalin hospital taiping. sape plak yg nk beranak?huhuhu...actually sy ke wad bersalin tuk ambil kakak sy balik dr keje..die keje kt bilik operation wad bersalin sepital tepen tu.dah2, bukan nk cite pasal tu, cite psl kucing...continue, continue...

perjalanan sy dr sekolah smpai ke kamunting berjalan lancar sampai la setibanya di trafic light ke 3, sy sempat melintasi lampu isyarat tersebut sebelum die bertukar jd kaler merah..sedang kete meluncur tetiba, kenderaan dihadapan memperlahan kn keretanya dan lantas membrekkn kenderaan nya, dan sy terpaksa membrek jgk..kemudian kenderaan bergerak ngan perlahannya dan  saya nampak seekor kucing sedang mengelenjat atas jalan ngan penuh darah dibadan die...nyawa-nyawa ikan dah tengok...

bila tengok keadaan kucing cmtu, rasa sgt sayu dlm ati, terus bg signal ke kiri bahu jalan, tuk parking...jalan sesak jd terpaksa parking jauh sedikit dr tempat kucing tu...bila kereta berhenti je, pusing-pusing belakang tgok kucing tu da xgerak dah...rasa sgt sedih...xtau nk ckp cmne...serta-merta tingat anak-anak kucing kt umah...lantas, ku terus memandu menuju ke sepital dgn ati yg sarat dengan perasaan sedih, sayu dan hiba dgn kejadian td...

sekadar gambar hiasan..tq google search...

Wednesday, April 4, 2012

segment personaliti-ibu sayer

sume orang dalam dunia ni ada ibu..tanpa ibu tak lahir la kita kt dunia ni...sy ada seorang ibu yang sangat baik hati...bukan saje baik hati malahan die jgk seorang yg penyayang walaupun kekadang die menjadi seorang yg garang dalam sesetengah keadaan, seorang yg peramah, seorang yg amat rajin bab-bab pengurusan rumah ni...selepas abah kembali kepada penciptaNya, ibu lah segalanya, ibu la ibu dan ibu jugak la abah..nasib baik abah ada pencen...kalau tidak, mesti ibu kena kerja utk menyara kami adik-beradik...dengan duit pencen abah tu la, ibu menyara kami adik-beradik...bila igt semua tu, rasa sayu n sedih je..tapi alhamdulillah, bila kak yong dah keje dan saya juga telah bekerja, kehidupan semakin hari, semakin senang dan semoga hari seterusnya juga menjadi lebih senang...amin...

ibu mithali, ibu yang sejati, 
kasih sayangmu, kasih yang suci,
pengorbananmu, disanjung tinggi,
jasamu tetap disanubari

ibu oh ibu fitrahmu murni,
kelembutanmu menyentuh hati,
semai kasihmu dalam jiwaku
kau disayangi kerana menyayangi

ibu oh ibu hatimu suci
tulus ikhlasmu mendidik daku
sanggup bersusah dan menderita
demi kebahagiaan sekeluarga

ibu oh ibu kau serikandi
bakti amalmu tidak terperi
beramal soleh berperibadi
mentaati Allah juga suami

ni ibu sayer ngan cucu kesayangan die, si caah..(cucu kesayangan ke?huhuh)

ibu, 
angah sayang ibu tau, sayang ibu sgt2...
ibu, ampunkn dosa angah yer...
halalkn susu ibu yang membesarkan angah...
tak terbalas jasa ibu membesarkan angah...
ibu, terima kasih di atas segalanya..



memang best butik neh..

Butik Edast

counter

promo lg

promo

promo best,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...