BIADAB

lama da xupdate blog, xberkesempatan waktu tuk update..masa yg ada terlalu byk diabiskn dengan memanjakan diri dirumah dengan melepakkan diri dihadapan tv.huhuhu...rini baru nk update..kali ni nak update pasal biadab...

biadab tu apa?
biadab menurut kamus dewan bahasa edisi keempat muka surat 178, biadab membawa maksud tidak ada budi bahasa, tidak beradab. 


rini, sy nak bercerita tentang biadab.
pagi-pagi lagi apabila loceng berbunyi, langkah ku hayun laju menuju ke kelas walaupun pada ketika itu bukan la waktu mengajarku dan hanya la merelief kelas...setiba di kelas, ada pelajar yang tiada di kelas. lalu ketua kelas ku arahkan untuk memanggil pelajar2 yang tiada di kelas dan turut juga ku arahkan untuk mencatat nama pelajar yang tiada di dalam kelas ketika itu, dan kemudian pelajar-pelajar tu pun masuk ke kelas.

terus beberapa soalan ku ajukan kepada pelajar-pelajar tersebut.

1. ke mana kamu semua?
2. kenapa xmasuk kelas selepas loceng berbunyi?
3. tunggu apa kt bawah tu?

seorang pelajar menjawab dengan jawapan yang rasional manakala seorang lg pelajar dengan biadabnya terus bersuara,
"bising je, tulis la nama, tulis lagi..tulis banyak-banyak pon xpa...."(dengan nada yang sangat kurang ajar @biadab)
ape lagi, lantas mulut ni terus bersuara,biadab punya budak...
kalau tiada kesabaran tadi, da lama ku tangan budak biadab tu, tapi sabar je...

kes biadab ni bukan hanya berlaku pagi ni je, tapi sebelum-sebelum ni pun da banyak berlaku dah pun...bila fikir balik sikap budak-budak biadab ni, jadi kasihan kepada ibu bapa diorang kerana memiliki anak yang biadab ni..agaknya kt rumah pun mesti diorang biadab cmni jgk kn...setinggi mana kebiadaban awak pun, tidak akan ke mana. jangan bermegah dengan sikap dan sifat biadab yang awak miliki kerana, kebiadaban awak tu akan menghancurkan diri sendiri...

pesanan kepada pelajar-pelajar di luar sana...
hiasilah dirimu dengan peribadi yang mulia. sentiasa bersikap rendah diri  dan sentiasa menghormati orang lain andai mahu diri dihormati oleh orang lain.


Comments

Popular posts from this blog

peribahasa hari ini : bagai melepas anjing yg tersepit

mmg nk kena la awak ni

cikgu ayu da jd mama..congrates dear