Monday, November 10, 2014

congrates makjie

dah lama xupdate blog...bersawang-sawang da ha...
arini saje je nk update blog...

di sini saya nk ambil kesempatan nk ucapkan tahniah kepada makjie @ roji wahida atas penganugerahan ijazah sarjana muda yang telah pun beliau terima baru-baru ni..tahniah makjie..

sekejap je rasa masa berlalu..baru je haritu duk bwk makjie g cari keje lepas makjie abis STPM. bwk makjie pusing satu kwasan perindustrian cari tpt keje yg sesuai..then berhenti kt kilang teleflex tuk interview makjie..kemudian makjie training kt teleflex xsampai brp ari da berhenti kje kt outpost..sepanjang makjie duk kt kpg, kita tdo satu katil, g window shopping sesama, g mkn lagsana kt SR, g shopping brng dapur kt Econsave, kekdg makjie teman agh settle urusan kt tepen waktu rehat makjie kt outpost pastu plak ciap tlg agh tanda rumusan lg ha..sume tu rupanya da bertahun da berlalu...

pastu makjie g smbung study kt UNIMAS...diam xdiam, pejam celik pejam celik finally makjie berjaya abiskan study n baru2 ni hari konvo makjie...rasa sungguh hepi n bangga sangat ngan makjie bila tengok makjie terima ijazah pada hari itu...semoga lepas ni makjie akan terus berjaya dalam hidup makjie...angah sentiasa doakan yang terbaik utk makjie...





Monday, July 14, 2014

peribahasa hari ini : bagai melepas anjing yg tersepit

hari kita belajar pasal peribahasa bagai melepas anjing yg tersepit..
apa maksud die?
maksud die bila kita menolong seseorang tu, sesorang tu langsung xberterima kasih n mengenang jasa...
igt iye..kalau seseorang tu da menolong kita, jgn lupa berterima kasih...
ketemu lg di lain waktu...nati cikgu kongsi pepatah n peribahasa yg len pulak ye...

buat baik berpada-pada

"buat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali"

antara kata-kata atau perpatah ataupun nasihat orang lama-lama..
apa maksud dia ye?
maksudnya, dalam sebuah kehidupan tu, jangan la kita berbuat jahat kepada orang lain...dan kalau kita ingin berbuat baik atau menolong sesorang tu, perlu la berpada-pada..jangan terlalu baik berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya nati dipijak orang.

itu saja untuk kali ni...len kali kita bertemu lagi dalam segmen sehari 1 pepatah...


Thursday, June 12, 2014

merajuk si anak teruna

smlm 24 jun merupakan ari pertama sy mula bkerja setelah menghabiskn cutI bersalin selama 90ari...ari pertama berkerja sy da diarahkan utk berkursus di smk bukit jana...sy yg menurut perintah..maka pergi la sy utk berkursus...
How about iman?
pagi2 lg iman da bgun, nk tgok ummi die g kursus...masa kuarkn kete dr garaj, sayu n berat je ati tgok muka iman..mana pernah tinggal iman sepanjng 3 bln nih...
sepanjng berkursus, kepala igt iman je..isau iman lapar ...slu time cuti bersalin ritu, iman mmg berkepit je ngan sy dan iman jgk seorg yg sgt suka mengombeng...isau jgk cmne iman kt umah...almklum la xdpt gombeng..hikhik
abis je kursus, terus ca alif but...cabut...xsabar nk jupa iman...sampai je umah terus pgng iman...iman xnk tgok muka ummi...pandang kot lain ha...pgng muka iman suh tgok ummi pun, mata iman still pandang tpt len..pndang abi je ha..majuk la tu..almaklum la langsung xprnh tinggal, xprnh berenggang..tp bila diberi susu, cpt2 ilang majuk si anak teruna ni..hikhik..alahai iman.. special thanks to incik Cicero as my luvly husband sbb tlg jga iman..sementara incik suami ada ni le tgok kn iman..nati da stat outstation, tinggal la iman ngan opah...
incik b kepenatan...bkn ank yg tdo, abi yg tdo..

Thursday, May 8, 2014

cikgu ayu da jd mama..congrates dear

tanggal 2mei2014 yg lepas, syg sy iaitu cikgu ayu da slmt melahirkan bby lelaki...
sewaktu sy mdpt berita cikgu ayu tlah slmt bersalin, sy rsa mcm xpercaya je sbb baru ptg tu sy dan cikgu ayu ada berbual2 selepas cikgu ayu baru blik dr appointment check up nya...rupanya selepas mgrib tu cikgu ayu da turun tanda da pun..pergi la cikgu ayu yg dibawa oleh suaminya ke hospital columbia. suami beliau ada mewassap sy tetapi disbbkn bateri hp abis terus sy xdpt mbaca wassap tersebut...
dlm jam 4pg sy terjaga dr tdo kerana si ank terunaku mtk disusukan. .dlm kesempatan menyusukan iman smpat lg sy bkak fb melalui ipad..scroll ke bwh utk bca news feed tetiba terpandang status update dr kkak cikgu ayu...dgn sgt excited? apa lg terus kjut incik suami disebelah...beritahu incik suami bhawa cikgu ayu da slmt melahirkan bby dan terus sy capai telefon utk call bertanyakn khabar. ..xigt ape da time tu dan lps call bru tingat rsa mengganggu plak cikgu ayu nk rehat..sowie ye syg call u time tu..
ptg esoknya sy, incik suami dan ank terunaku,  iman terus ke hospital columbia utk melawat cikgu ayu dan bbynya..comel sgt bby cikgu ayu..idung bby sgt cute..geram tgok..bdnnya pun smngt..sy berkesempatan utk dukung dan cium bby cikgu ayu..iman tgok je ummi die pgg n cium kawan die ha..hikhik
di sini sy nk ambil kesempatan utk ucapkan tahniah kpd cikgu ayu dan suami di atas kelahiran bby boy yg sgt comel..selamat menjadi mama dan papa ye korang..kpd cikgu ayu, selamat berpantang syg...kpd bby firash,  cpt2 besar ye syg...semoga mjadi ank yg soleh dan berguna kpd msyrkt. ..amin..

Tuesday, May 6, 2014

utk ibu dan bakal ibu..

tahniah kawan2..taun ni ramai kawan2 sy yg bersalin dan sedang menunggu masa utk bersalin..bila tgok news feed kt fb ramai yg update n share gmbr bby masing2. .cair ati bila tgok gambar bby diorg..comel sgt2. ..

kepada kawan2 yg telah selamat melahirkan, sy ucapkan selamat menjadi ibu dan selamat berpantang. .pantang betul2 jgn culas2 ye..hikhik

yg mana yg da lps menjalani tempoh berpantang tu, selamat melayari kehidupan bersama si kecil yg comel sgt2 tu..

bestkn bila da ada bby sndiri..

kepada kawan2 yg sdg menanti masa tuk melahirkn bby, sy ucapkn jaga diri bebaik tau, jgn gentar n jgn takut sbb xlama lg kalian akan melahirkan sebuah adiah yg paling berharga dan bernilai..sy sentasa doakan kalian dipermudahkan urusan bersalin nati..amin..

Sunday, May 4, 2014

menyembang si anak teruna

hari ini sy masih lg dlm tempoh berpantang dan menjalani rutin berpantang seperti bertungku,  berstoking, berlumuran myk angin dibdn, berbengkung dan mkn berpantang-pantangan, segalanya berpantang...best gak berpantang ni sbb le pulihkn semula bdn ni slps proses melahirkn si ank terunaku..
sebut psl si anak terunaku, anak teruna ku da mula pndai menyembang. ..bila da puas tdo, da puas mnyusu, menyembang la beliau...
bila tgok anak mata, mulut dan wajah si anak semasa beliau mula bersembang, rsa sejuk je ati...rsa xpuas nk melayan si ank teruna bersembang..walaupun mmg xpaham apa yg cuba nk disampaikn tp tu sume xpenting. .yg penting dpt melayan si ank terunaku bersembang pun da ckup buat hati ni rsa sgt2 gembira. tu bermakna ank terunaku mengalami peringkat perkembangan yg normal...

Saturday, April 26, 2014

iman satu bulan suda

rini 26 April, pejam celik pejam celik jap je anak teruna sy, muhammad afiq iman da genap sebulan..sungguh pantas masa berlalu, dan rsa xpuas nk mbesarkan iman dr usia 1ari hingga la ke usia sebulan..
klu dlu msa dlm labour room,  nk tunggu bukaan dr 7cm ke 10cm tu rsa lama sgt2 walaupun ia cuma ambil masa 2jam tp saat besarkan iman dlm tempoh sebulan ni rsa terlalu cpt. .dlu xprnh rsa cmni, prnh dgr je tp bila da alami sndiri baru tau cptnye waktu itu melangkah pergi.
klu dlu msa usia iman baru shari dua,
kje tdo kemudian mengombeng je anak ummi ni tp skng msih tdo dan mengombeng tp bila time anak teruna ni celik mata, abis sume iman intai ngan ekor mata sampai senget2 kpla..bila dgr sore memanggil, iman da pndai cri bunyi dr arah mna...bila lapar plak, yg tu jgn ckp la xdpt susu je mnjerit la iman sekuat ati..alahai ank ummi..
pape pun smoga anak ummi, muhammad afiq iman cpt mbesar dan sihat sentiasa..

Monday, April 21, 2014

26hari bergelar ummi

alhmdullilah,  hari ni da hari ke 26 bergelar ummi kpd muhammad afiq iman. .26hari mean xabis pantang lg la kn..lg 18 hari lg nk abis pantang 44hari tu..actually sy xkisah sgt psl pantang ni...sbb setakat ni mmg xde problem untuk berpantang mkn dan mnum n melakukan aktiviti berpantang seperti bertungku dan sebagainya. cuma yg dikisahkannya adalah bilangan hari cuti bersalin sy mkin lama mkin kurang..aduh...rsa syg nk tinggalkn si kecik iman nih sbb bangun pagi ngadap iman, tghari ngadap iman, ptg ngadap iman, malam ngadap iman..24jam la ngulit si iman je..nati da abis cuti, stat kje t mesti agak liat utk ke sekolah dan agak teruja n tergesa2 utk pulang ke rumah selepas waktu kje semata2 tuk jupa si kecik nih..

26ari tu pada angka, mmg rsa mcm da lama..tp bg sy rsa kjap je msa berlalu...dlm tempoh 26ari ni mcm2 sy lalui..bg mndi iman, tukarkan bj n pampers iman, susukan iman..mmg prnh buat sume ni dlu tp bkn tuk anak sndiri utk sarah, diha n qayyum..tp bila da ada iman, baru tau cmne rsa bil a ada anak sndirikn..

duduk sesaje tgok iman tetiba rindu iman time lahir...tup tup da besar da iman..even xla besar mana pun kn tp perubahan tu tetap ada...alhmdullilah, sepanjang 26 hari ni, iman x de la meragam tahap gaban...memlm dlm area pkuk 4 lebih iman msti akan bgun mtk disusukan then smbung tdo smpai pg..mayb iman tau kot ummi die kuat tdo, jd iman pun xnk ganggu ummi die tdo..hikhik...

bila tgok muka suci iman, rsa sayu je hati..rsa bersyukur sgt2 kerana dikurniakan hadiah yg sgt elok rupanya, sgt tidak ternilai harganya..

Monday, April 14, 2014

perkara sunat dilakukan selepas kelahiran bayi

6 Amalan Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

1. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.

2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.

Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.

Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian

info dari: http://anizyn.blogspot.com/2013/04/6-amalan-menyambut-kelahiran-bayi-dalam.

Tuesday, April 8, 2014

contraction + bersalin = hadiah

bila imbas semula moment 26mac2014,  rsa kjap je masa berlalu...rsa mcm xpercaya moment tu da pun berlalu dgn pantas.
iman septutnya dijangka lahir 25mac, tp oleh kerana tiada signal tuk bersalin lg, selepas check up n jupa doktor, doktor mtk dtg balik pd 28mac sekiranya belum bersalin utk admit ward pd tarikh 28mac tu..memandangkan mmg xrsa sakit,  dan signal pun xde, maka sy dan incik suami pun xduduk diam la kn, amik keputusan tuk blik seri iskndar jap...b4 sampai seri iskndar, siap singgah g jln mydin gopeng lg...sampai umah mak di seri iskndar,  sebelah mlm nya smpat lg g mkn kt luar, tp mlm tu da rsa mcm gelisah tp xrsa skit pape pun..esoknya 26mac selepas bgun sbyg sbuh, bebaring semula ats katil..dlm kul 7.30 pg da stat rsa contraction selang 10minit..pastu selang 5minit plak..terus kejut incik suami kt sebelah,"b..bgun b, nk mkn mee rebus jom cpt..." msa tu xgtau lg da stat contraction,  bila da sampai dpur, da sendukkn mee rebus utk incik suami, time mkn tu baru sy gtau da stat rsa contraction. .ape lg, incik suami pun kelam kbut la ajk g hospital. lps mkn mee rebus, terus sy bersiap utk ke hospital..nk blik tepen mcm da xsempat je rsa..huhuhu..terus ke sepital ipoh. ..
sampai di hospital,  parking kete, terus ke dewan bersalin, serah buku merah kt nurse, check up jantung bby then check bukaan..da bukak 5cm.. ptut la skit mkin kerap da bkak 5cm rupanya.bila contraction dtg, sy berdiri dan berjln.. oleh kerana labour penuh, jd sy diletakkn dlm blik ABC dlu..tuhan je tau cmne rsa bila contraction tu dtg...xsng dduk dibuatnya...
tepat jam 1ptg, dr blik ABC tu sy di bw msuk ke labour room..masa tu da bkak 6cm. dokt pecahkan ketuban. .jam 1.30 ptg tetiba  nmpk muka incik suami msuk dlm blik labour room...semangat ckit bila nmpk muka incik suami..bila contraction dtg je, abis tgn incik suami ku genggam..bagai nk patah rsanya tgn dan jejari incik suami ku genggam.sakit sgt kata ko..huhuhu. .mengadu rsa skit kt incik suami, tp dgn tenang incik suami mtk sy berselawat, tarik nafas pjg2, sebut nma Allah byk2.
tepat jam 4ptg, bukaan da 10cm. bermula la proses mengeluarkan iman..incik suami xputus2 bg kata semangat dan suapkn air zamzam..ngan sisa2 kuderat yg ada, akhirnya jam 5.35 muhammad afiq iman berjaya dilahirkan ngan bantuan vacum..terpaksa divacum jgk sbb da xde energy da...alhmdullilah syukur sgt iman selamat dilahirkan. .. .incik suami ckp, iman tu adalah hadiah paling berharga dlm idup kami...
special thanks to incik suami kerana menemani sy sepjg berada dlm labour room sehingga bby iman selamat dilahirkan..tq b..tq sgt2...

anugerah yang tidak ternilai

tanggal 26mac2014 yg lalu tepat jam 5.35ptg, sy selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.7kg...dan hari ini genap 15 hari usia muhammad afiq iman bin ahmad syaiful...

bila dikenang kembali saat mengandungkan iman, rsa mcm xpercaya je cpt dan pntas msa berlalu..klu dlu terasa rusuk dikicking, perut disiku, terasa gulingan hebat didlm perut, terasa sedu si kecik di dalam perut, tp skng si kecil tu da berada dlm dakapan dan pelukan sy...ya Allah,  indah sungguh anugerah mu..ya Allah, semoga aku dan suami dpt menjaga amanahmu, mendidik anugerahMu ini menjadi insan yg soleh, taat kpd perintahMu, menghormati ibubapa dan berguna kpd msyrkt..amin..

Wednesday, February 5, 2014

barut baby home made

kali ni nk story tentang barut baby pulak...sebelum bercerita dengan lebih lanjut, saya nk story dulu apa kepentingan memakai barut kepada baby....antara kepentingannya ialah untuk elakkan baby dari kembung...almaklum la perut baby ni senang masuk angin..xmcm perut orang dewasa ni kn...

bila bercakap pasal barut ni, saya n incik suami ada la bercadang untuk membeli barut baby...bila pergi survey, mcm ada rasa xpuas hati sbb material barut yang digunakan...ada juga barut yang saya dah berkenan tapi corak dan warna plak xberapa nk cun, ada juga barut yang ok, tapi tali barut pulak mcm cepat berbulu...jd, xpe la, biarkan dulu bab barut ni...xyah beli lagi..

semalam saya dan incik suami ada berkunjung ke nagoya...tengah syok tgok-tgok kain, tetiba terfikir nk buat barut sendiri..lantas terus mencari kain barut jenis cotton yang lembut dan sesuai untuk dijadikan barut..alhmdulillah jupa kainnya...then cari la corak dan warna yang sesuai...saya beli semeter kain untuk dijadikan barut baby...dengan hati yang gembira, terus bawak pulang kain tersebut ke rumah dan bermula la kerja memotong barut dan tali barut baby..alhmdulillah kje memotong da settle..tinggal keje nk jait tepi dan keje nk mencantumkan tali barut dengan barut baby je yang belum selesai..yang tu nati incik suami yang akan cantumkan nanti...hehehehe...rasa puas hati sangat bila dapat buat sendiri barut baby..pasni da xyah susah g cari barut baby lagi..


                        kain yang belum dipotong                                kain yang sudah siap dipotong

Tuesday, January 28, 2014

posisi tidur ketika hamil

semenjak usia kandungan mencapai 8 bulan, tidur malam sering terganggu..baru tahu macam mana rasa time ibu mengandungkan saya dedulukan..sekarang, time saya pulak rasakn...pusing kanan xkena, pusing kiri tak kena, telentang pun tak kena, menirap plak...eh, mana boleh menirap...huhuhu..so, jap2 td sy surf info dari internet nk cari posisi tidur yang selesa..jadi jupa info kat bawah ni...meh kita share sesama...

          Posisi tidur wanita yang sedang hamil dapat mempengaruhi kondisi janin didalam perutnya, jika ibu hamil sembarangan menentukan posisi tidurnya hal ini dapat membahayakan fizikal janin yang sedang dikandungnya. Salah posisi tidur dapat mengakibatkan tubuh sakit, kekurangan oksigen hingga masalah pada kesihatan vital lain di masa kehamilan.
       Saat hamil,  tidur yang cukup adalah hal yang sangat penting. Setidaknya Anda tidur selama 8 jam sehari agar tubuh tetap fit dan tidak mudah diserang penyakit. Apalagi diiringi dengan bertambahnya masa kehamilan, beban janin dalam perut sedikit demi sedikit pasti akan terasa. Hal ini dapat mempengaruhi kenyamanan saat tidur serta menimbulkan rasa pegal pada pinggul.
        Jadi, bagaimana posisi tidur yang selesa dan tepat untuk ibu hamil ?. Berikut ialah sedikit info dari beberapa referensi dan juga melalui kutipan Boldsky.com tentang posisi tidur yang disarankan untuk ibu hamil.

1) Posisi Tidur Miring ke Kiri
Hampir semua ahli medis diseluruh dunia setuju bahwa posisi tidur miring ke kiri merupakan posisi terbaik saat menjalani masa kehamilan. Posisi tidur yang seperti ini dapat memperlancar peredaran darah kepada bayi yang sedang Anda kandung. Hal ini juga dapat membuat si bayi tidur lebih nyenyank karena asupan oksigen yang cukup. Jika tiba-tiba perut Anda terasa kencang dan tidak nyaman, maka baringkan tubuh sejenak dan kembali lagi ke posisi miring ke kiri secara bergantian.

2) Posisi Tidur Telungkup
Telungkup atau biasa didengan "tengkurep" merupakan salah satu posisi tidur yang disarankan saat hamil. Tapi aneh bukan jika perut buncit dapat tidur telungkup. Sebenarnya posisi tidur yang seperti ini hanya bisa dilakukan pada tresimester pertama saja, maksudnya adalah ketika usia janin masih kecil dan dinding uterus pun masih terlindungi tulang pelvic, sehingga tidak akan melukai janin. Hanya saja, banyak sekali ibu hamil yang khawatir jika mempraktekan posisi tidur seperti ini akan membahayakan kesehatan si bayi, untuk itu Anda bisa mencoba posisi tidur yang lainnya.

3) Posisi Tidur Telentang
Posisi tidur untuk ibu hamil yang satu ini bisa dibilang aman, tetapi sekalipun dibilang aman posisi ini seringkali membuat tubuh terasa sakit dan lelah. Penyebabnya karena Anda masih harus menopang beban perut saat tidur, sehingga rasa lelah pun akan terasa lama kelamaan. Untuk itu, pastikan Anda mengganti posisi tidur sehingga tubuh tidak akan terasa sakit dan lelah, selain itu juga pada keesokan harinya tubuh akan lebih fit lagi.
Perlu diperhatikan jika sebelum tidur sangat penting untuk melakukan pelemasan otot-otot tubuh agar menjadi lebih rileks. Bahkan apabila perlu, minumlah segelas susu putih hangat setiap menjelang tidur agar tidur menjadi nyenyak hingga keesokan harinya.


semoga info ini memberi manfaat kepada semua...

wang bantuan persekolahan 2014

hari ini di sekolah ada majlis penyerahan wang bantuan persekolahan bagi tahun 2014. seperti tahun lalau, maka ramai la ibu bapa yang datang untuk menerima wang tersebut. kalau bab duit, mesti ramai yang akan dtg ambil wang bantuan tersebut, tapi kalau bab hari komunikasi utk tahu prestasi dan kelakuan anak-anak di sekolah, adalah xsampai 60% parent yang datang..mungkin buzy berkerja agaknya, almaklum la hari komunikasi selalu wat waktu persekolahankan. aik, bukan majlis penyerahan wang bantuan persekolahan  pun buat waktu persekolahan jugak ker?tp nape hampir 100% le datang erk?huhuhu... sama jugak time mesyuarat PIBG di sekolah..pun kekdg xsmpai 40% pun parent yang hadir..walhal mesyuarat PIBG selalu akan diadakan pada hari sabtu..mungkin ibu bapa sedang sibuk juga bekerja agaknya...huhuhu..

ermmm...tak perlu tanya jawapan tu kepada sesiapa, masing-masing boleh fikir sendirikan..pape pun diharap pemberian wang bantuan persekolahan tu akan digunakan sebaik mungkin..beli buku ke, pakaian sekolah ke, peralatan sekolah ke..jgn wat beli benda lain suda...


Monday, January 20, 2014

tip mudah bersalin normal

oleh kerana saya tak pernah bersalin sebelum ni, dan akan bersalin tak lama lagi, maka saya mula la mensearch internat untuk menambah maklumat dan pengetahuan mengenai proses bersalin ni. dan di bawah ni tip yang saya perolehi dan ingin berkongsi dengan kawan2 semua...

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . 


Semoga kelahiran berjalan dengan lancar,  tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.



info diperolehi dari :
http://infoibumengandung.blogspot.com/2012/05/cara-mudah-bersalin-normal.html

incik suami packing bag

alhamdulillah, da msuk 32 minggu. kejap je masa berlalu..baru haritu je rasa xsdp tekak bila masuk tengahari sampai melepek di rumah setiap petang hingga ke malam, baru haritu je rasa mual n muntah2, baru haritu je rasa perut berangin klu lambat makan, baru haritu je rasa perut ni rsa sengkak bila mkn byk...tp pejam celik-pejam celik rupanya da 32 minggu..alhamdulillah, syukur sangat2 kerana Allah permudahkan diri ini melalui hari-hari bersama si kecik dalam perut ni smpai ke minggu sekarang ni..syukur sgt ya Allah atas segala nikmat mengandung yg telah kau berikan...

bila bercakap pasal persiapan menanti kelahiran ni, alhamdulillah, ada la persiapan yang dah dilakukan. igt rasanya awal lagi tp bila ada kawan2 yang da start suh wat persiapan, maka proses melakukan persiapan pun dilakukan. bukan apa, rsau takut terbersalin awal. benda kalau boleh tahan, xpe jgk ni sekali die nk kuar, mana boleh tahan da kn...hikhik. kalau bab persiapan ni org yang paling kalut incik suami la...

kalau memula prgnt dulu, incik suami la yang paling kalut duk tanya bila baby bump nk nmpak...bila bby bump da nmpk, incik suami la orang yang paling kalut tanya bila bby nk gerak, bila nk g scan tgok jantina bby...bila bby da gerak, da nmpak jantina bby, incik suami la yang paling kalut duk tanya bila pusat nk tersembul...alahai suami..kemain excited die...dan semalam, duk diam2 je tau2 incik suami duk kemas beg pakaian baby... katanya takut terbersalin awal...ahahah...alahai incik suami...pape pun tq ya incik suami tlg packingkan bag...bout persiapan menanti kelahiran ni, incik suami la paling rajin search kt google utk dptkan info...kalau nk harapkan sy, agaknya ptg nk bersalin, pagi tu baru nk kemas brng bby kot..almaklum la suka wat keje last minit...huhuhuh...

bila dgr cerita n pengalaman bersalin dr kawan-kawan, gerun jgk rasa..da la first time kn...tp nak xnk kena lalui jgk kn...pape pun semoga Allah permudahkan urusan untuk saya bersalin nanti...








memang best butik neh..

Butik Edast

counter

promo lg

promo

promo best,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...