Friday, July 22, 2011

lala....masak lemak lala..

kerang ngan lala sama ke tak?tak sama...kerang cengkerang die ada garis-garis, kasar cikit tapi lala cengkerang die xde garis-garis dan licin sikit..


sape xpernah tengok lala, ni la rupa lala...kulit die licin ada corak2 gitu..

kan betul, kerang ngan lala lain, kerang kulit die kasar ada garis2...



sebut je lala..dah lama sgt tak mkn lala..dedulu selalu la mkn lala ni...kalau dah mls sgt nk msk lala ni, masak je stail org mls..basuh bersih2, potong bwk putih, bwng merah, halia, campak serai kemudian cmpur semua dlm 1 periuk bersama-sama ngan lala, taruk garam sikit, rebus smpai mendidih...tu lau dah mls tahap gaban la..


yg ni lala rebus


tapi kalau rajin cikit dr yg tadi, lala ni leh masak mcm2..paling sy suka bila lala ni dimasak lamak kaler kuning tue...sedap siot..makan nasi mau bertambah 2,3 periuk..(nampak sgt menipu..huhuhu)
jadi sy pn carilah resipi lala masak lemak ni dgn niat boleh la nk cuba nati..(cuba ke?tah bila tah nk cuba kn..uhuhu..)


bahan-bahan
lala (suku kilo) 
sebatang serai - diketuk 
suku ibu jari halia - diketuk /di tumbuk 
3 ulas bawang merah - ditumbuk 
1 ulas bawang putih -ditumbuk 
5 biji cili api-ditumbuk 
sedikit kunyit - ditumbuk 
sedikit santan (cair) atau susu rendah lemak, satu cawan.

setengah biji limau nipis
buah tomato kecil dalam 6 biji, atau sebiji tomato besar di belah enam.
garam
gula
bahan perasa
sedikit daun kunyit (pucuk) - dihiris



cara membuatnya
-panaskan kuali
-masukkan bahan yang ditumbuk didalam kuali.
-kalau guna santan, masukkan sedikit santan kedalam kuali soalah menumis bahan tadi dengan santan.
-Jika guna susu, masukkan sedikit minyak (satu sudu) untuk menumis bahan.
-Masukkan serai.
-kacau hingga mendidih.
-masukkan lala yang telah bersih kedalam kuali dan tutup kuali dalam 1 minit.
-masukkan garam, gula dan bahan perasa.
-perah limau kasturi (sebelah).
-buka kuali dan taburkan daun kunyit keatas hidangan.





sedapnyer la..tengok resipi xde rasa pape..tp tngok je gmbr lala masak lemak ni, terus meleleh rasa...hehehe
resipi dah ada, tp xtau la bila nk wat...napak gayanyer kena kumpul kerajinan tuk msak lala masak lemak nih...lau tak, smpai bila ko tengok je gmbr tu cik wanna...huhuhu

0 comments:

Post a Comment

memang best butik neh..

Butik Edast

counter

promo lg

promo

promo best,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...