syukur alhamdulillah..

saya sedang menanti tarikh 26 oktober.. kenapa mesti menanti tibanya tarikh tu?

actually tarikh tu merupakan tarikh sy melapor diri sebagai warga pendidik. masuk je tarikh 26 oktober nanti, bermakna dah dua taun da sy jd cikgu..

mesti org len akan ckp kn, "elleh..baru 2 taun.."
mmg pon, mmg baru 2 taun dan sy masih baru dlm bidang pendidikan dan masih byk perkara yg sy perlu belajar dalam bidang ni...

bila imbau balik saat sebelum smpai sy ke dalam bidang ni, sy sgt2 berasa bersyukur kerana Allah permudahkan sy utk smpai ke tahap ni...(xde la tinggi mna pon tahapnyer tp sgt bermakna bg sy..)

sy berasa sgt bersyukur kerana Allah telah tentukan sy jln yg sgt mudah..abis je UPSR di SKUS, terus sy ke 
SMDK tuk pendidikan menangah..kemudian ambil PMR dan seterusnya ambil SPM di SMDK. selepas SPM, menganggur la jgk dlm 5bulan kot sepanjang menganggur selama 5 bulan lebih tu sy hnya berada di rumah, melepakkan diri dgn tenangnya di rumah..kemudian pemohonan sy tuk ke MATRIK berjaya..maka selama 2 sem la sy di KPMK. di KMPK sy spend masa di situ dlm 1 year...kemudian bercuti pjg dalam tempoh 3bulan rasanya. dlm masa tempoh bercuti selama 3 bulan lebih tu, sy tidak ke mana2 sebaliknya melepakkan diri di rumah shaja. dan seterusnya sy mendapat tawaran belajar di UPSI..di UPSI sy spend masa 4 tahun tuk belajar disna...

after abis semua sesi dan tempoh belajar ni, akhirnya 14 Ogos 2009, sy telah menghadiri majlis konvokesyen di UPSI ...penat lelah belajar membuahkan hasil akhirnya...dpt jgk mengenggam segulung ijazah..(kelentong lebih..UPSI mna pkai scroll...pkai board tu la..so sekeping ijazah yg betulnya..hehehe.) sebelum tu, bertarik 5 Ogos 2009 sy telah dipanggil untuk temu duga pengambilan GSTS di PKG Tasek.

after 2 bulan, bertarikh 26 Okt 2009, sy dijemput (cewahh..dijemput wa ckp lu...hekehkeh) utk melapor diri di PPD Kinta Utara...masa sempai je kt PPD tu, tengok kete da penuh kt citu..lepas daftar diri and masuk ke dewan tuk dgr taklimat, mber2 lama yg mana dah hampir setaun xjupa semua jupa balik, tp mber yg mna mtk penempatan di perak la...xcited giler sgt2 masa tu..dan pada 27 Oktober 2009, bermula la life sy sbagai seorang guru..

bila tgok and igt balik, mudah sgt Allah aturkan perjalanan idup sy smpai la sy berada ditahap ni (walaupun xtinggi mana pon, xsetinggi CEO Syarikat ke..heheheh..tp sy bersyukur sgt2..alhmdullah..), saat belajar, perlu berjuang, berusaha berabis-abisan tu biasa la kan, adat belajar...

bercerita tetang ini, bukan bertujuan utk menunjuk, jauh sekali utk membangga diri cuma sekadar mengimbau dan menginsafi diri serta menyedarkan diri supaya belajar bersyukur kerana di luar sana masih ramai lagi yg belum memperolehi pekerjaan, masih lg mencari kerja dan terus mencari kerja.

ingatan untuk diri sendiri, jgn sombong, jgn membangga diri dan sentiasa panjatkn kesyukuran kepadaNya..


tq google search for the pict

Comments

Popular posts from this blog

peribahasa hari ini : bagai melepas anjing yg tersepit

mmg nk kena la awak ni

cikgu ayu da jd mama..congrates dear