tak elok menahan kencing..

sape sini suka tahan kencing angkat tangan cepat?huhuhu..ada ke orang suka tahan kencing?mesti adanye kan, kalau tak ramai maybe sorang dua...=).

sebenarnyakan tak elok tahan menahan kencing ni..kalau da nk kencing tu, g je toilet lepaskan hajat anda..nape mesti berbuat sedemikian? jawapan die menahan kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

menurut Pakar Urologi Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Rebotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri dari membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.


untuk pengetahuan semua, menahan kencing ini memberi kesan yang berbeza mengikut usia dan jantina. bagi kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan, menahan kencing ini boleh menyebabkan jangkitan di saluran kencing dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing..ha...tengok..bahayakan tahan kencing ni..kalau nk kencing..g je toilet..

nak tahu tak tanda-tanda penghidap masalah inkontines ni?
antara tanda-tandanya ialah seseorang itu sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran kencingnya lemah. siapa yg suka tahan kencing ni dan ada pula tanda-tamda cmni, ambil langkah segera dengan berjumpa doktor ye..

bagi seseorang yang normal, membuang air kecil sebanyak lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal tetapi mereka yang membuang air kecik melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. pundi kencing yang berfungsi normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak melebihi lapan kali sehari. antara tanda kencing terlalu aktif pula adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.

masalah ini boleh terjadi kerap dalam kalangan wanita muda. seseorang yang menghidapi masalah ini akan membuang air lebih dari 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing. antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah senaman untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.

bagi individu yang kerap kencing dan merasa diri tidak normal, mesti ada yang akan mengambil tindakan mengurangkan minum air untuk menggelakkan diri dari kerap ke tandas, tapi tindakan ini adalah tindakan kurang bijak kerana badan kita memerlukan air kerana ia penting kepada tubuh badan untuk mengelakkan dehidrasi. oleh yang demikian, tindakan yang bijak dan sesuai adalah dengan berjumpa doktor..


jadi, kesimpulannya, jangan tahan kencing..kalau rasa nk kencing, carilah toilet dan lepaskan hajat anda itu..

Comments

Popular posts from this blog

peribahasa hari ini : bagai melepas anjing yg tersepit

mmg nk kena la awak ni

cikgu ayu da jd mama..congrates dear