penangan 100 hengget

sy menulis bukan untuk mengata or mencanang sesuatu yg tidak betul kebenarannya tp sekadar ingin meluahkan apa yg dilihat dan dialami sndiri.

semua orang tahu, budjet 2012 salah satunya ialah pemberian bantuan wang rm100 kepada pelajar sekolah. dan hari ni merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh ibubapa dimana, wang bantuan tersebut akan diberi melalui saluran sekolah-sekolah seluruh malaysia. sama seperti sekolah saya, maka ramailah ibu bapa yg datang ke sekolah. seawal jam 7.30pg  lg dataran kejat skolah sy sudah dipenuhi oleh ibu bapa walaupun dalam surat jemputan, waktu majlis bermula adalah pukul 8.30pg..

sudah jelas dpt dilihat disitu, apabila majlis melibatkan pemberian wang, maka berbondon-bondon la parent yg dtg tetapi sekiranya majlis lain yg diadakan seperti mesyuarat pibg dan hari komuniti, jumlah ibubapa yg hadir amatlah mengecewakan....xsampai separuh ibubapa pn yg hadir...apabila mengimbau semula majlis penyerahan laptop 1 malaysia, situasi begini turut berlaku..ramai ibu bapa yg hadir ke sekolah bertanyakan laptop 1 malaysia...kalau hari komuniti, xde plak ramai mcm tu yg hadir tuk bertanyakan prestasi anak-anak...

bukan niat untuk mengata tetapi sebagai renungan bersama... seandainya majlis-majlis yg melibatkan ibu bapa diadakan oleh pihak sekolah dan smbutan ibu bapanya seperti keadaan pagi td...sudah pasti ibu bapa akan tahu permasalahan ank-anak mereka yg berlaku disekolah..sudah pasti kerjasama ibu bapa dan guru-guru bertambah eratkan...tp, tah lah...tuk dptkan kehadiran ibubapa yg ramai tuk majlis2 tertentu disekolah maybe semua tu mimpi disiang hari je la kn...

tu la nmamnya penangan seratus hengget...klu xde seratus hengget ni, maybe ibubapa yg xpernah jejak kaki langsung ke kawasan sekolah pun ada..huhuhu..

Comments

Popular posts from this blog

peribahasa hari ini : bagai melepas anjing yg tersepit

mmg nk kena la awak ni

cikgu ayu da jd mama..congrates dear