hari ke 2, ke 3 dan ke 4 MSSD..

huhuhu...dah agak terlmbat tuk post entry ni tapi nk post gak...
hari ke2, 3 dan ke 4 MSSD berjalan ngan lancar walaupun kekadang tetiba cuaca berubah menjadi mendung dan diikuti dengan titisan hujan dan tetiba pns kembali dan tetiba mendung seketika...acara demi acara berlalu dan seorang demi seorang atlet SEDAKA masuk ke gelanggang untuk bertempur dan berjuang hingga ke garisan penamat...hari ke 2 berakhir dengan hanya 1 pingat Emas, 6 pingat Perak dan 7 pingat Gangsa..Jurulatih dan pengurus pasukan kelihatan agak cemas bila mengira jumlah pingat setakat hari ke 2..cam tak capai target jer...tak pe2, ari ke 3 dan ke 4 ada lg...

hari ke 3 bermula dgn agak baik dan bukan setakat permulaannyer tetapi hingga akhir acara...1 demi 1 pingat di sapu oleh kontijen SEDAKA, even tak semua acara yg disertai tapi yg penting, tuk hari ke 3 ni jer, 3 rekod baru dah dipecahkan...rekod baru tuk acara lempar cakera (L14) oleh Amirul Ikhmal, lontar peluru (L15) oleh Amirul Iqbal dan 800m oleh Anis Dee..hari ke 3 ni boleh dikatakan hari kebangkitan kontijen SEDAKA...hari ke 3 berakhir dengan 9 pingat Emas, 3 pingat Perak dan 5 pingat Gangsa..so, bila dah kira2 semua pingat tuk 3hari berlalu, pingat emas dah lebey dr 10...bermakna dah lepas target...baru lah leh napak jurulatih dan pengurus pasukan senyum..tapi dlm dok senyum2 tue, salah seorng atlet SEDAKA, Luqman dah pon tercedera, kaki kena spike masa tengah lari tuk acara 5000meter...dibwa ke sepital kena 3 jahitan..cian kt luqman..

hari ke 4 dan merupakan hari terakhir plak berlalu dengan penuh debaran..mau tak berdebar, atlet sedaka dpt masuk byk acara akhir...tuk pg tue je, 6org atlet sedaka dpt ke 200m akhir, 10org atlet dpt ke 400m akhir dan 3team dpt ke 4x100m akhir..dan yg mmg tak kn dilupakan smpai bila2 oleh semua atlet termasuk sy sendiri, bila lihat cikgu shahrudin yg juga merupakan jurulatih pasukan, mengamuk sakan bila atlet lain memblok atlet sedaka tuk acara 4x100m...bukan tue je, cikgu hafiz pon ngamuk gak sbb tak puas ati ngan keputusan juri bg acara 5000m..pape pon,hari ke 4 berakhir dengan 4 pingat Emas, 5 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa..

keputusan keseluruhan, kontijen SEDAKA memperolehi 17 pingat Emas, 14 pingat Perak dan 18 pingat Gangsa. kontijen SEDAKA juga, mendapat tepat ke 2 terbaik keseluruhan dan seorang peserta L15, turut menjadi peserta terbaik MSSD LMS 2011..

setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua atlet SEDAKA yg telah mengharumkan nama sekolah dlm kejohanan MSSD LMS 2011...tahniah juga kpd jurulatih dan pengurus pasukan yg bertukus-lumus melatih para atlet...






Comments

  1. tu dia...bpa hari punya entry nih?
    lama x hapdet tu

    ReplyDelete
  2. hahaha,mls seh nk update..pnt tak best lg..mgalahkan budak berlari je pnt...hikhik

    ReplyDelete
  3. salam kenal..(^_^)
    Follow blog Wanna..sudi-sudilah singgah blog sye ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

peribahasa hari ini : bagai melepas anjing yg tersepit

mmg nk kena la awak ni

cikgu ayu da jd mama..congrates dear