Kesimpulan dari solat istikharah

  •  Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya
  • Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah. 
  • Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  •  Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah. 
  • Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  • Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  • Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  •  Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  • Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  •  Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  •  Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  •  Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  •  Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  •  Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  •  Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.             
                 sumber dari www.saifulislam.com

Comments

Popular posts from this blog

peribahasa hari ini : bagai melepas anjing yg tersepit

mmg nk kena la awak ni

cikgu ayu da jd mama..congrates dear