tip mudah bersalin normal
oleh kerana saya tak pernah bersalin sebelum ni, dan akan
bersalin tak lama lagi, maka saya mula la mensearch internat untuk menambah
maklumat dan pengetahuan mengenai proses bersalin ni. dan di bawah ni tip yang
saya perolehi dan ingin berkongsi dengan kawan2 semua...
1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di
akhir kehamilan
2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar
mudah melahirkan.
3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir
kehamilan
4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri
5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.
6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.
7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi
mampu :). Bila tak mampu duduk tepi
katil dan bongkokkan badan ke depan.
Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.
8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti
ayat kursi. Paling mudah ucapkan
subhanallah berulang-ulang.
9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang
tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.
10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :
1. Berbaringlah dengan
lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu
cecah dada.
3. Mata pandang perut
(digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku
lali kaki
5. Masa teran jangan
keluarkan suara.
6. Masa teran jangan
angkat punggung.
7. Baca bismillah atau
apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas
dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby)
.
Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh
kesakitan tidak terlalu panjang.
info diperolehi dari :
http://infoibumengandung.blogspot.com/2012/05/cara-mudah-bersalin-normal.html
Comments
Post a Comment