basikal VS motor

semalam pelajar tingkatan 3 yang mengikuti Program Selepas PMR telah melalui slot Masakan Rimba..dalam slot ni pelajar akan di bawa untuk melalui dan merasai masuk ke dalam rimba dan memasak...dalam rimba xde dapur gas, jadi diorang ni kena masak menggunakan kayu api...di sebabkan sekolah saya tak de la pulak rimba dan hutan belantara ni maka, slot ni dibuat di hujung padang. jadi pelajar tingkatan 3 ni bawak la peralatan memasing, bawak kuali, bawak senduk, bawak barang-barang yg diorang nk masak. ada yang bawak ayam tuk dimasak tomyam, ada yang bawa ikan bilis untuk dimasak setunding ikan bilis dan sebagainya...yang bestnya, ciap ada bakar lemang lagi...=)

ok, sudah-sudah, sila kembali kepada tajuk ye cik wanna...

ok, kalau tengok pada tajuk, actually saya mahu bercerita tentang garaj yang ada di sekolah saya...semasa sy melalui garaj tempat letak basikal dan motor di sekolah saya sewaktu mahu ke hujung padang, tetiba saya terpandang tempat letak motor n basikal tu...kalau garaj tempat letak kete cikgu, sy tak berapa heran sgt la, garaj tu dah lama ada, dan sampai sekarang xberubah sebab memang garaj tu dari dulu sampai sekarang tempat parking kereta..

yang sangat menarik perhatian saya ialah garaj tempat letak basikal n motor..kalau dulu time saya sekolah 10, 11, 12, 13 tahun yang lalu..garaj basikal dan motor tu dipenuhi dan dibanjiri dengan deretan basikal. sepanjang-panjang garaj tu penuh dengan basikal..yang paling best, kalau time angin kuat tu, sebuah basikal terbalik menimpa basikal bersebelahannya, maka, bertimpa-timpa la basikal yang terbalik...cam men domino je ha...tapi sekarang permandangan tu dah tak de dah...sekarang garaj tu dipenuhi dengan motor-motor pelajar. pelajar yang xde lesen pon, sibuk gak datang sekolah nek motor...(*_*)

sekarang zaman kegemilangan basikal dah xde, pelajar sekolah pon da xnk nek basikal...sume nk nek motor...ye la zamankan dah berubah..


Comments

Popular posts from this blog

preview blog cik epal

bermuka-muka

buat baik berpada-pada